a) Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Dulu USD 1 = RM 3.80 dan sekarang 2011 nilai USD 1 = RM3.09 dan bakal menyusut akibat kegawatan ekonomi di US. Tahun 2012 ??? adakah RM2.95 ???
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Jika Dahulu Pada Tahun 2001 Harga Kuih Karipap RM1.00 = 5 Biji ..and now berapa ? RM1.00 = 2-3 biji ..anda kerugian 2-3 biji ?? Sebab apa ?? sebab ia dinamakan inflasi ..nilai susut wang kertas anda..
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Harga minyak memain peranan penting dalam menentukan kadar pertumbuhan sesebuah negara…:) ..sebab semua sektor industri , makanan , peruncitan , pembekalan , pengangkutan , pengilangan , udara ..memerlukan bekalan minyak untuk beroperasi..bila harga minyak melambung tinggi…harga barang akan meningkat ..bila harga brg meningkat ..kadar inflasi pun seiring..EMAS DAN PERAK akan tersenyum riang

Masih Ingatkah KITA SEJARAH WANG PISANG JEPUN ???
BLR – Base Landing Rate memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara maju ..jika kadar BLR meningkat .kadar pertumbuhan dalaman merosak sebab ramai org tak mampu buat loan untuk membeli hartanah dan sebagainya..bila ekonomi merudum…..EMAS & PERAK akan tersenyum gembira

![]() |
Duit Pisang |
Jepun datang bawa kertas kosong..kemudian rampas kekayaan Tanah Melayu – Bijih Timah , Getah , Emas dan hasil hutan..kemudian meninggalkan kertas kosong (sampah) kepada penduduk Tanah Melayu….
![]() |
DAFTAR |
Dalam kehidupan bermasyarakat, aktiviti pertukaran barangan atau perkhidmatan adalah sesuatu kemestian. Inilah yang dikatakan bermasyarakat kerana setiap individu itu saling memerlukan anatara satu sama lain sama ada kita sedar atau tidak. Wang merupakan alat yang digunakan sebagai agen pertukaran tersebut. Wang digunakan bagi membolehkan masyarakat mendapat manfaat daripada pembahagian buruh dan kepakaran dalam pengeluaran. Ini benar kerana manusia tidak sama dari segi kebolehan, kepakaran, harta dan kekuatan. Manusia akan berjaya dalam hidupnya dengan menumpukan kepada kekuatan yang ada padanya. Keperluan lain boleh ditukar dengan hasil pertanian atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh jirannya. Melalui pertukaran begini, masyarakat berkembang dan dapat menikmati penghidupan yang lebih sempurna. Aktiviti ini adalah asas ekonomi masyarakat dan pembangunan sosial.
Dalam usaha Malaysia untuk merealisasikan kembalinya dinar emas ini, elok kalau kita tahu sedikit sebanyak mengenai wang, dinar emas dan peranan emas dalam masyarakat sebagai alat pertukaran utama dalam transaksi ekonomi. Wang sebagai suatu komoditi yang berperanan sebagai alat pertukaran (medium of exchange), yang diterima pakai oleh semua yang terlibat dalam aktiviti ekonomi tersebut sebagai pembayaran kepada barangan atau perkhidmatan. Wang seharusnya boleh menjadi piawaian nilai pasaran dan harus mampu menyimpan nilai. Adanya komoditi yang demikian membolehkan pembahagian ekonomi tenaga kerja. Jika kita tidak ada sesuatu komoditi yang mempunyai nilai yang objektif, yang secara umumnya diterima pakai sebagai wang, mereka perlulah kembali kepada cara primitif seperti barter trade.

Mengikut sejarah pelbagai benda telah digunakan sebagai alat pertukaran. Emas, perak, kulit kerang, kulit lembu dan sebagainya pernah digunakan. Apakah yang menyebabkan sesuatu benda itu diterima pakai boleh menjadi alat pertukaran atau wang? Kalau tidak ada kuasa luar yang menentukan dan memaksakan sesuatu itu menjadi wang, benda tersebut mestilah mempunyai nilai intrinsik. Nilai intrinsik bermaksud bahawa benda itu bukan sahaja mempunyai nilai sebagai barang tukaran tetapi mempunyai nilainya tersendiri, suatu komoditi yang diperlukan (seperti makanan, peralatan). Ianya boleh digunakan bagi mendapatkan barangan lain dan memenuhi keperluan psikologi sebagai contoh logam emas, perak dan kupram. Barangan yang mempunyai nilai intrinsik boleh dikatakan sebagai barangan yang sukar diperoleh atau tidak terlalu banyak dan tidak cukup untuk memenuhi permintaan. Untuk mendapatkan sesuatu barang tersebut, memerlukan perbelanjaan yang agak besar atau dengan darjah kesukaran yang tinggi bagi mendapatkannya. Logam berharga mempunyai ciri yang dikatakan ini. Barang yang kita boleh diperoleh dengan mudah seperti pasir, air bagi masyarakat yang tinggal di tepi sungai atau tasik tidak akan dapat memberikan ‘nilai’ ekonomi.

Barangan yang mempunyai nilai intrinsik boleh dikatakan sebagai barangan yang sukar diperoleh atau tidak terlalu banyak dan tidak cukup untuk memenuhi permintaan.
Jika diteliti, kita bahagikan sifat wang kepada beberapa sifat seperti ketahanan, kekalan stabil dan keadaan permintaan, keseragaman, bolehbahagi dan mudahalih. Sifat tahan lasak pada sesuatu benda itu merupakan sifat utama sesuatu itu boleh dijadikan matawang dan mampu digunakan untuk menyimpan nilai. Oleh kerana terdapatnya selang masa di antara sesuatu pendapatan dengan perbelanjaan, tidak ada pedagang atau pengusaha sanggup untuk menyimpan sesuatu yang akan susut asetnya dalam masa pegangannya. Oleh itu makanan yang mudah reput adalah contoh benda yang tidak tahan disimpan, dan nilainya akan berkurangan setiap hari. Logam seperti emas dan perak adalah logam yang sesuai sekali digunakan kerana nilai dan kuantitinya tidak susut sedikitpun. Oleh kerana pemegang tidak mahukan wangnya menyusut nilai atau kurang nilai dalam selang masa dan kurang upaya membeli mengikut masa. Apakah kedudukan wang kertas yang diberi nilai yang sentiasa disusut nilai oleh riba dan faedah.
Sesuatu benda yang boleh digunakan sebagai alat pertukaran mestilah berupaya menyimpan nilai dan bekalan barangan mestilah stabil dan mempunyai permintaan. Ini bermakna barang tersebut tidak berubah turun-naik dengan banyak dibandingkan dengan purata barangan lain. Barang keluaran pertanian tidak sesuai di sini kerana ianya bergantung kepada perubahan cuaca, kerana cuaca buruk akan menyebabkan kekurangan pengeluaran dan kurangnya pengeluaran akan meningkatkan harga dengan mendadak sementara cuaca baik dan pengeluaran banyak akan membuatkan nilai hasil pertanian ini menyusut nilainya. Oleh itu, jika manusia diberi kebebasan memilih maka mereka tidak akan menggunakan wang yang nilainya bergantung kepada factor luaran yang tidak terkawal.
Benda yang akan diterima untuk dijadikan matawang seharusnya mempunyai sifat keseragaman. Pada suatu ketika masyarakat menggunakan kulit kerang sejenis kerang yang mempunyai keseragaman rupabentuk dan saiznya digunakan sebagai matawang. Keseragaman ini juga mestilah mempunyai sifat ketahanan yang seragam juga. Sebab itulah hasil pertanian tidak boleh digunakan sebagai matawang. Logam juga digunakan sebagai matatawang dan logam dipotong mengikut ukuran seragam tertentu untuk dijadikan matawang dan alat pertukaran. Logam seperti emas dan perak telah diterima pakai oleh masyarakat dulu kala lagi sebagai matawang kerana mempunyai sifat yang seragam. Logam ini tidak berubah sifatnya dan keseragamannya walau apa yang dilakukan terhadapnya. Logam emas walau dibakar dan dicairkan mempunyai keseragaman dari segi sifatnya. Apakah yang akan terjadi kepada wang kertas jika dibakar?

GOLD SILVER RESOURCES (M) SDN BHD atau singkatan GSR telah ditubuhkan pada tahun 2011. Merupakan Hakmilik 100% Bumiputra. Menjalankan perniagaan membekal dan membeli produk berasaskan emas perak kepada rakyat Malaysia. Bertemakan konsep pendidikan pelaburan masa hadapan disamping mempromosikan produk Buatan Malaysia diperingkat tempatan & antarabangsa, GSR mengeluarkan pelbagai produk berasaskan emas perak dengan melambangkan identiti Malaysia. Diharapkan dengan tertubuhnya syarikat GSR di Malaysia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyimpan Emas perak GSR sebagai koleksi peribadi disamping ia dijadikan asset pelaburan pada masa hadapan. Pihak GSR juga menawarkan peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia yang berminat menjalankan perniagaan emas perak secara modal kecilan
Sesuatu benda yang hendak dijadikan matawang seharusnya bersifat boleh bahagi. Bolehbahagi ini bermaksud ianya boleh dikecilkan kepada beberapa bahagian. Jika kita ambil contoh kulit kerang tadi, walaupun ianya mempunyai sifat keseragaman, tetapi tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada unit yang lebih kecil. Ini bertujuan supaya memudahkan proses pertukaran kerana wang sebenarnya hanyalah suatu alat pertukaran dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu jelas bahawa logam seperti emas dan perak menjadi pilihan utama umat manusia untuk dijadikan matawang. Emas atau perak dibentuk menjadi kepingan wang yang boleh dibahagikan kepada dua mengikut separuh ukuran berat atau seterusnya dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil. Bagaimana pula dengan kertas? Wang kertas tidak boleh dibahagikan, yang dibahagikan adalah nombor pada wang kertas itu sahaja. Walaupun warna dan saiz wang kertas itu sama, tetapi nombor yang ditulis di atas kertas itu menentukan nilai wang kertas itu. Ini anih!
Salah satu sifat yang harus ada pada benda yang akan digunakan sebagai matawang adalahbersifat mudahalih. Oleh itu, sejarah menunjukkan bahawa garam pernah digunakan sebagai matawang kerana ianya mudah alih bagi kuantiti yang kecil. Tetapi masyarakat mula mencari benda lain sebagai alat pertukaran setelah mendapati garam tidak mudahalih bagi kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan kerang dan sebagainya. Masyarakat memilih logam seperti emas dan perak sebagai bahan yang amat diminati dan sukar diperolehi tetapi bersifat mudahalih. Kertas menjadi pilihan masyarakat kerana kertas bersifat mudahalih. Tetapi yang menjadi masalah adalah nilai kertas itu diberikan oleh orang ketiga yang tidak ada langsung hubungan dengan urusan pertukaran antara dua individu.
Wang kertas telah menjadi wang utama dunia kini dan elok rasanya kita cuba pula mengenali wang kertas ini dengan lebih rapat lagi. Mengikut sejarah, bank yang pertama ditubuhkan di dunia ialah Bank of England (BoE) pada tahun 1694. Bank of England adalah bank pusat bagi England yang diberikuasa mutlak untuk mencetak wang kertas.
Mengikut catatan sejarah, bahawa BoE diasaskan oleh William Peterson dan beliau menyatakan bahawa, ’Bank ini akan memperoleh keuntungan daripada kadar faedah ke atas wang yang diterbitkan daripada sifar (create out of nothing)”. Kenyataan ini bermaksud bahawa insititusi bank mempunyai hak mutlak untuk mencetak wang kertas yang diberi nilai mengikut jumlah emas simpanan orang lain.
Wang kertas beginilah yang berkembang menjadi wang yang ada sekarang di seluruh dunia. Wang yang ada boleh digandakan dan bank menjalankan aktiviti ganda mengganda wang ini, dan bank boleh mengwujudkan hutang lebih banyak daripada simpanan tunai dalam peti simpanannya. Pada kebiasaanya bank dibenarkan beroperasi meminjamkan wang dengan kadar 1:20 meminjamknan 20 kali ganda daripada apa yang ada tersimpan dalam simpanan bank. Sipeminjam yang memastikan bahawa kitaran wang berterusan supaya dapat mengembalikan wang yang dijanjikan. Ini membawa kita kepada kemelut yang dihadapi sekarang ini.
Jika kita kini sudah mula mempersoalkan tentang kesahihan wang kertas, rungsing akan manipulasi wang kertas, kini wang bukan lagi dalam bentuk kertas tetapi dalam bentuk signal komputer. Indonesia sebuah negara yang diserang oleh penyanggak matawang dalam tahun 1998, mendapati nilainya menyusut lebih enam ratus peratus dalam beberapa bulan. Pemerintah telah dihelah supaya meminjam sejumlah USD50Billion. Dari segi kuantiti kertas yang diperlukan bagi mencetak sejumlah ini, maka wang kertas yang tercetak memerlukan beberapa buah kapal untuk menghantarnya ke Jakarta, tetapi tidak sekeping pun sampai. Yang sampai hanyalah signal elektronik yang dipindahkan. Pembayaran balik bukan dalam bentuk rupiah tetapi dalam tukaran wang asing USD dengan bahan mentah yang ada di Indonesia. Inilah bentuk wang kertas sekarang.
Kecelaruan tentang wang sekarang memaksa kita memahami secara lebih jelas tentang wang itu sendiri. Bolehkah kita lakukan jual beli jika wang itu tidak mempunyai nilai intrinsik? Memang benar kenyataan itu kerana wang sekarang hanyalah kertas yang sah diperlakukan apabila kerajaan yang membuat pengistiharan tentang nilainya. Ia tiada nilai sebenar seperti mana wang koin IGD. Jika wang sekarang tiada nilai intrinsik maka kenapa ianya masih menjadi suatu komoditi untuk dijual beli? Malah nilai wang sekarang bukan ditentukan oleh pemerintah sesebuah negara lagi tetapi ditentukan oleh kuasa pasaran matawang. Di manakan letaknya kekuasaan sesebuah pemerintah terhadap matawang mereka? Wang kertas memang banyak masalahnya.

No comments:
Post a Comment